Tuesday, July 1, 2014

Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap



RESEPI PISANG GORENG RANGUP MUDAH




PENGENALAN

Kali ini nak buat resepi goreng pisang rangup .kalau kita tengok orang goreng pisang senang jek ... celop pisang kat tepung pastu goreng .. tapi ramai yang tak tau macam mana nak buat bancuhan tepung tu supaya menjadi rangup dan enak di makan .. sampai ada yang nak mintak kerak dia ... kita orang kat sini panggil habuk ... haha ... ok .. jom layan resepi goreng pisang cara aku.sebelum tu kita mengenali serba sedikit tentang pisang goreng.

Resepi Pisang goreng rangup ( pisang goreng di Indonesia / Malaysia ) adalah makanan snek kebanyakannya didapati di seluruh Indonesia, Malaysia , Singapura,  dan Filipina. Di Filipina, ia dipanggil dengan nama yang berbeza kerana ia mempunyai variasi yang berbeza. Ia dipanggil " maruya " jika disalut dalam adunan sebelum menggoreng, pritong Saging bagi mereka yang hanya goreng dalam minyak , atau " petunjuk pisang " bagi mereka yang digoreng dalam minyak dan gula sebelum melekat ke dalam pencucuk kayu. Ini sering dihidang sebagai makanan ringan pertengahan petang . Di Singapura dan beberapa tempat di Malaysia ia dikenali sebagai " goreng pisang ", terjemahan langsung daripada " pisang goreng ". Ia dimakan sebagai makanan ringan pada waktu pagi dan petang. Di Indonesia, pisang goreng sering dijual oleh penjual jalanan, walaupun sesetengah penjual mempunyai etalase untuk menjual barangan mereka. Jenama " Pisang Goreng Pontianak" adalah amat popular di Indonesia.

Pisang ini dipotong dan kemudian digoreng . Kebanyakan vendor jalan kemudian akan menjualnya sebagai pisang goreng . Restoran yang menyediakan pisang goreng adalah lebih moden dan mengemukakannya dalam pelbagai cara , seperti dengan keju , jem , susu pekat, atau coklat.

Dalam Suriname dan Belanda makanan ringan ini juga dikenali sebagai bakabana (bermaksud pisang dibakar dalam Surinamese ).

Pisang mentah sering digunakan dan bukannya pisang yang untuk dimakan begitu saja. Pisang raja adalah sejenis pisang popular digunakan untuk pisang goreng .

Itu saja tapi saya buat goreng pisang guna pisang abu.. Kebiasaannya kalau saya buat tepung goreng pisang, saya akan guna tepung beras, air kapur, telur, garam dan air sahaja tapi kali ini kita cuba dengan bahan yang berlebihan sikit.

Resepi pisang goreng rangup ini biasanya dihidang di waktu petang,lagi sedap jika tengah panas dan dimakan ketika hujan.


Resepi Pisang Goreng Rangup



Bahan-bahan :

·         Sesisir pisang kapuk atau pisang nipah atau pisang tanduk - belah dua (kalau pisang tanduk kena potong menyerong)

·         3 senduk tepung gandum

·         1 senduk tepung beras

·         Sedikit serbuk kunyit

·         Garam secukup rasa

·         Air masak secukupnya


Cara membuat :

1.      Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk

2.      Masukkan juga garam secukupnya dan serbuk kunyit

3.      Gaul sebati

4.      Masukkan air masak sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tepung menjadi ringan

5.      Kacau hingga sebati

6.      Panaskan minyak yang banyak

7.      Celup pisang dalam bancuhan tepung dan goreng hingga pisang kekuningan

8.      Ulangi sehingga pisang habis

9.      Sedap di makan bersama sambal kicap


Nota:-

·         Bole juga tambah santan.Jika tiada santan pekat ,gantikan dengan kelapa kering sebanyak 2 sudu makan.

·         Tidak perlu dicampur dengan tepung lain (tepung beras atau tepung goreng segera). Caranya senang sangat. Masukkan secawan air ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga satu sudu kecil garam dan secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Akhir sekali masukkan secawan tepung gandum. Kisar kesemuanya sehingga sebati (anggaran seminit). Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk dan bolehlah digunakan untuk menyalut pisang, keledek dan sebagainya yang akan digoreng. InsyaAllah, hasilnya tidak akan mengecewakan.


·         Campurkan tepung gandum, dengan air garam serta pewarna kuning atau serbuk kunyit. Semasa minyak untuk menggoreng telah panas, ceduk sedikit kedalam bancuhan tepung tadi. Bahan yang digoreng seperti pisang, keledek dan sebagainya akan lebih ranggup dan lembut.

2 comments:

  1. Merkur Gold Strike Safety Razor - FEBCASINO
    Merkur's Gold 출장안마 Strike Safety https://febcasino.com/review/merit-casino/ Razor, Merkur Platinum Edge Plated poormansguidetocasinogambling Finish, German, Gold-Plated, Satin Chrome Finish. Merkur has a 출장안마 more aggressive looking, gri-go.com

    ReplyDelete